Thursday, 30 October 2014

Fun Ride - Kayuhan Fraser Hill V2.0

 
Alhamdulillah...pada 22 October lalu Saujana Putra Riders telah menganjurkan fun ride Kayuhan Fraser Hill V2.0. Secara tak langsung aku pun terlibat sama bila tengok kak leez berkobar2 nak rasa sendiri kayuh kat fraser. Walaupun kami tak dpt menghabiskan 8km terakhir tapi kami sgt berbangga dgn diri sendiri apabila berjaya kayuh panjat bukit dari Sungai Chiling ke GAP. 20km jugak la..bukan senang.dah la takde pengalaman. Training pun tak seberapa. Cuma latihan kami yang terakhir di fun ride NST. Nangis tgk bkt tegak..hehehe

2km terakhir nak sampai ke GAP mmg dh azab rase.Bila nak sampai ni?? Kemudian lalu la si rider Hafiz lebih mesra org panggil Tok. "Sikit lagi je fina..sikit je..".katanya. "Sikit tu bila nk sampai?" aku balas. "Lepas ni kita jumpa jambatan lepas tu kayuh sikit je dah sampai:.." sambungnya lagi.
Ok la..layan je la..buat tak tau. Paling teruk pun tolak je basikal. Tapi tak leh tolak lagi tak sampai.hehehee..

Tak lama lepas tu dengar la suara darling aku.."Cayala mama..sampai jugak"..kata encik somi dari jauh. "20km kayuh memang terbaik bagi newbie:.. Terus je laju kayuh nk pegi kat dia. Rasa nak peluk je dia. Tapi tak leh la kan. Kang gedik lak. Walaupun halallan toiyiban.. Tak lama lepas tu kak leez pulak menyusul. Hebat la..umur dah nk cecah 40 tapi stamina mantap.

Dalam menghadapi cabaran ni hanya zikir dan selawat tak pernah putus dari bibir. Takut la krem kaki ke.balik rumah kena sampuk ke..ye la tempat2 yg kita tak biasa dtg.jgn pergi dgn 'tangan kosong'. Syukur sangat2 segala-galanya selamat.

8km terakhir encik somi pulak sambung. 8km tu mmg pacak la..sama dengan 40km kayuh. Tak berani aku. Dah la kayuh pkai basikal BMC basikal laki den. Nak cari keserasian mmg mkn masa sikit. Klau bwk Scott rasenye boleh kot smpi puncak...kekekee..

Apa pun bnyk kenangan manis yg terpahat disini. Sepanjang kami 'berdating' di sini anak2 aku tinggalkan kat rumah member aku Izan. Nasib baik dorg mudah mesra dgn orang. Masa mula2 nak tinggalkn agak berat hati la jugak. Sbb dh lama dorg tk dok dgn org. Pukul 6 ambik dorg nmpk happy je. Jaja tgh mkn nasi. Everything ok Alhamdulillah...

Kita layan gambar2 sepanjang kayuhan Fraser Hill..



6.30 kat Taqwa berkumpul. Breakfst
 
 
 
Pukul 7 bertolak

Berhenti 'shi-shi' kat RNR Sg. Buaya

 
Tengah setting basikal sempat lagi possing
 
Bersedia semua...
And go...

Tq encik Adli for your support..nak sangat rasa ha ambik..Dia tunggu aku kayuh sambil
makan cekodok yang aku bekalkan
Rehat ambik nafas dulu
Dengan cikgu Azreen..newbie jugak
 

Best moment ever..SPR Ladies..in future semoga bertambah lagi ahli

Saujana Putra Riders MTB

Jangan marah arr....

Masa turun dari Fraser Hill

Dengan partner in crime..kak leez.

Good job SPRrian..



Untuk melihat lebih banyak gambar sila layari http://saujanaputrariders.blogspot.com/

 

No comments:

Post a Comment