Thursday, 30 October 2014

Fun Ride - Kayuhan Fraser Hill V2.0

 
Alhamdulillah...pada 22 October lalu Saujana Putra Riders telah menganjurkan fun ride Kayuhan Fraser Hill V2.0. Secara tak langsung aku pun terlibat sama bila tengok kak leez berkobar2 nak rasa sendiri kayuh kat fraser. Walaupun kami tak dpt menghabiskan 8km terakhir tapi kami sgt berbangga dgn diri sendiri apabila berjaya kayuh panjat bukit dari Sungai Chiling ke GAP. 20km jugak la..bukan senang.dah la takde pengalaman. Training pun tak seberapa. Cuma latihan kami yang terakhir di fun ride NST. Nangis tgk bkt tegak..hehehe

2km terakhir nak sampai ke GAP mmg dh azab rase.Bila nak sampai ni?? Kemudian lalu la si rider Hafiz lebih mesra org panggil Tok. "Sikit lagi je fina..sikit je..".katanya. "Sikit tu bila nk sampai?" aku balas. "Lepas ni kita jumpa jambatan lepas tu kayuh sikit je dah sampai:.." sambungnya lagi.
Ok la..layan je la..buat tak tau. Paling teruk pun tolak je basikal. Tapi tak leh tolak lagi tak sampai.hehehee..

Tak lama lepas tu dengar la suara darling aku.."Cayala mama..sampai jugak"..kata encik somi dari jauh. "20km kayuh memang terbaik bagi newbie:.. Terus je laju kayuh nk pegi kat dia. Rasa nak peluk je dia. Tapi tak leh la kan. Kang gedik lak. Walaupun halallan toiyiban.. Tak lama lepas tu kak leez pulak menyusul. Hebat la..umur dah nk cecah 40 tapi stamina mantap.

Dalam menghadapi cabaran ni hanya zikir dan selawat tak pernah putus dari bibir. Takut la krem kaki ke.balik rumah kena sampuk ke..ye la tempat2 yg kita tak biasa dtg.jgn pergi dgn 'tangan kosong'. Syukur sangat2 segala-galanya selamat.

8km terakhir encik somi pulak sambung. 8km tu mmg pacak la..sama dengan 40km kayuh. Tak berani aku. Dah la kayuh pkai basikal BMC basikal laki den. Nak cari keserasian mmg mkn masa sikit. Klau bwk Scott rasenye boleh kot smpi puncak...kekekee..

Apa pun bnyk kenangan manis yg terpahat disini. Sepanjang kami 'berdating' di sini anak2 aku tinggalkan kat rumah member aku Izan. Nasib baik dorg mudah mesra dgn orang. Masa mula2 nak tinggalkn agak berat hati la jugak. Sbb dh lama dorg tk dok dgn org. Pukul 6 ambik dorg nmpk happy je. Jaja tgh mkn nasi. Everything ok Alhamdulillah...

Kita layan gambar2 sepanjang kayuhan Fraser Hill..



6.30 kat Taqwa berkumpul. Breakfst
 
 
 
Pukul 7 bertolak

Berhenti 'shi-shi' kat RNR Sg. Buaya

 
Tengah setting basikal sempat lagi possing
 
Bersedia semua...
And go...

Tq encik Adli for your support..nak sangat rasa ha ambik..Dia tunggu aku kayuh sambil
makan cekodok yang aku bekalkan
Rehat ambik nafas dulu
Dengan cikgu Azreen..newbie jugak
 

Best moment ever..SPR Ladies..in future semoga bertambah lagi ahli

Saujana Putra Riders MTB

Jangan marah arr....

Masa turun dari Fraser Hill

Dengan partner in crime..kak leez.

Good job SPRrian..



Untuk melihat lebih banyak gambar sila layari http://saujanaputrariders.blogspot.com/

 

Wednesday, 29 October 2014

Something good to share

Assalamualaikum semua..rasa nak dekat seminggu tak menulis..lately im little bit busy.. saje buat-buat busy.hheheh..

Sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang peristiwa minggu lepas, ada satu kisah yang menarik yang aku nak share kpd semua. Ceritanya macam ni.........

Pemuda Derhaka Meninggal Dunia dalam Husnul Khatimah

Amin dan Adi adalah adik-beradik kandung. Mereka lahir dalam keluarga yang taat beragama namun tingkah laku mereka berbeza. Amin adalah abang sementara Adi pula adik. Sejak kecil Amin dikenali sebagai orang yang baik dan tidak suka berfoya-foya. Dia tidak pernah menyentuh minuman keras, malah dia banyak menghabiskan waktu di masjid. Dia tidak suka bergaul dengan wanita yang bukan muhrimnya. Seorang gadis yang juga sepupunya pernah cuba menggodanya tetapi Ain langsung tidak menghiraukannya. Dengan kebaikan dan akhlaknya yang mulia, keluarganya dan masyarakat menyayanginya.

Sebaliknya Adi adalah seorang yang nakal sejak kecil. Sejak usia remaja, dia mula berjinak-jinak dengan tempat maksiat. Hampir setiap hari dia mabuk dan melakukan pelbagai maksiat. Kadang-kadang dia mengikut kumpulan perompak dan merampas harta benda orang lain. Sewaktu dia merompak, ada kalanya dia juga memperkosa anak gadis. Kesimpulannya, dia melakukan hampir semua jenis maksiat yang memuaskan nafsunya. Oleh sebab itulah, keluarganya dan masyarakat membencinya.

Pada suatu hari, polis berjaya menangkap Adi sewaktu dia sedang merompak. Akibatnya, dia dipenjarakan selama beberapa tahun. Selepas tahanan itu tamat, Adi dibebaskan, namun tembok penjara tidak mampu menginsafkannya. Adi tetap jahat dan terus melakukan maksiat, malah lebih buruk lagi berbanding sebelum dipenjara.

Ibunya yang kini lanjut usianya hanya mewarisi kedai peninggalan arwah bapanya. Selama ini ibunya yang menjaga kedai itu dan berusaha membesarkan kedua-dua anaknya. Melihat tingkah laku anaknya yang tidak mahu berubah, ibunya berasa sedih yang tidak dapat digambarkan. Adi bukan sahaja mencuri di rumah orang lain tetapi dia turut mencuri wang dan barang kemas ibunya sendiri. Ibunya tidak mampu melakukan apa-apa lagi selain memohon daripada Allah yang maha kuasa semoga anaknya mendapat hidayah dan kembali ke jalan yang lurus.

Pada suatu hari, Adi pulang ke rumah dan memohon bahagian harta pusaka peninggalan bapanya. Dia berkata kepada ibu dan abangnya, dia mahu menggunakan wang itu bagi memulakan perniagaan. Ibu dan abangnya merasa lega dan gembira kerana mereka fikir Adi insaf dan mahu mengubah cara hidupnya  selama ini. Alangkah terkejutnya dan marahnya mereka apabila mengetahui perniagaan yang mahu dijalankan itu adalah rumah pelacuran. Ibu dan abangnya tidak bersetuju dan enggan memberikan wang kepadanya.

Pada malam hari, secara senyap-senyap Adi masuk ke dalam bilik ibunya dan mencuri dokumen harta pusaka bapanya. Ibunya terjaga dari tidur dan sempat melihat Adi mencuri dokumen itu. Dia cuba menghalang Adi tetapi Adi menendang ibunya dengan kasar. Dalam kesakitan, ibunya berdoa, "Ya Allah, berikanlah petunjukmu kepada anakku Adi, semoga dia kembali ke jalan yang engkau redhai."

Selepas kejadian itu, Amin merenung nasib dirinya. Tiba-tiba, satu suara halus berkata-kata kepadanya, "Sejak kecil engkau sentiasa melakukan kebaikan dan rajin beribadah. Engkau mendapat tempat di hati masyarakat tetapi engkau  tidak pernah merasa sedikit pun nikmat dunia. Lihatlah adikmu, dia puas menikmat hidupnya. Dia gembira dengan ramai wanita di sekelilingnya. Engkau sama sekali tidak pernah merasakan kegembiraan itu. Mengapa engkau tidak mahu mengunjungi rumah pelacuran yang adikmu usahakan itu? Datang sekali sahaja, kemudian bertaubatlah. Engkau boleh membaca istighfar beribu-ribu kali dalam solat tahajudmu dan memohon keampunan daripada Allah. Bukankah Allah itu Maha Pengampun?'

Pada waktu yang sama di rumah pelacuran, Adi juga termenung memikirkan untung nasibnya. Dia mulai bosan dengan kehidupan yang dijalaninya selama ini. Hati nuraninya berkata, "Bertahun-tahun aku hidup bergelumang dosa. Aku melakukan segala jenis maksiat. Sampai bila aku hendak hidup begini? Keluargaku membenciku, masyarakat juga membenciku. Mengapa aku tidak cuba menjadi baik seperti abangku? Sekiranya aku terus hidup begini, aku pasti masuk neraka kelak sementara abangku masuk syurga. Tidak, aku tidak boleh terus hidup dalam maksiat!"

Dia terbayang apa yang kelak terjadi pada dirinya apabila dia mati. Dengan itu, dia bertekad hendak mengubah kehidupannya. Hatinya berkata, "Aku mesti mengubah hidupku ini. Selepas maghrib nanti, aku hendak pergi ke masjid di mana abangku selalu solat. Aku mahu solat bersama-samanya dan aku mahu bertaubat. Aku mahu kembali kepangkuan Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosaku selama ini!"

Pada malam itu, kedua-dua beradik itu melaksanakan niat masing-masing. Sesudah mengerjkan solat maghrib  di masjid, Amin pulang ke rumah bagi mengganti baju dan kemudian dia menuju ke rumah pelacuran adiknya. Sementara itu, Adi sudah meninggalkan rumah itu dan berjalan menuju ke masjid. Oleh sebab mereka mengikut jalan yang berlainan, mereka tidak bertemu di tengah jalan.

Apabila Amin sampai di rumah pelacuran itu, dia mencari-cari adiknya tetapi tidak berjumpa. Para pekerjanya berkata mereka tidak tahu ke mana dia pergi. Walaupun adiknya tidak ada di rumah itu, dia tetap meneruskan niatnya. Apalagi, Mira menyambutnya dengan mesra. Nafsu syaitan mula menguasai diri Amin dan dia hanyut dalam pujuk rayu Mira.

Pada waktu yang sama, Adi sampai di masjid. Dia bertekad hendak bertaubat, lalu dia terus mengambil wuduk dan masuk ke dalam masjid. Adi tercari-cari abangnya tetapi ternyata Amin tiada di situ. Orang yang berada di masjid itu juga tidak tahu di mana abangnya. Adi meneruskan niatnya dan mengerjakan solat. Sesudah solat, dia beristighfar sebanyak-banyaknya sambil air mata bercucuran dengan penuh penyesalan. Tiba-tiba bumi bergoncang dengan hebatnya.

Di sekelilingnya orang menjerit, "Gempa bumi! gempa bumi!"

Semua orang panik dan lari bertempiaran keluar dari masjid dan rumah masing-masing bagi menyelamatkan diri.  Semuanya takut rumah mereka runtuh. Adi yang larut dalam wirid dan doanya tidak menyedari apa yang berlaku di sekelilingnya malah dia tidak dapat merasakn gempa yang hebat itu. Pada malam itu, banyak bangunan runtuh termasuk masjid dan rumah pelacuran milik Adi.

Keesokkan paginya, orang ramai sibuk mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan. Ada yang masih bernyawa dan ramai yang terkorban. Orang ramai turut menemukan mayat Amin dan Mira dalam keadaan yang memalukan. Adi turut terkorban dalam runtuhan masjid. Orang ramai menemukan mayatnya dengan kedua-dua belah tangannya memegang Al-Quran di dadanya.

Orang ramai yang mengenali kedua-dua beradik menitiskan air mata melihatkan keadaan Amin dan Adi tetapi kehairanan mengapa mayat Amin berada di rumah pelacuran sementara mayat Adi pula berada di dalam masjid. Amin yang selama hidupnya adalah seorang ahli ibadah mati dalan keadaan tragik dan memalukan. Sebaliknya, Adi yang selama ini dikenali sebagai ahli maksiat, mati dalam husnul khatimah.

Ibu mereka menangis tanpa henti apabila mendapat berita kedua-dua anaknya terkorban dalam gempa bumi itu. Kesedihannya bertambah apabila melihat mayat Amin yang terkorban dalam pelukan seorang pelacur. Barulah dia sedar, selama ini dia tidak pernah mendakan Amin kerana menganggapnya anak yang soleh. Dia terlupa memohon daripada Allah supaya Amin tetap taat dan istiqamah.

Peristiwa itu memberi pengajaran yang berharga kepada kita. Kematian itu dapat dating menjemput kita pada bila-bila masa. Hanya Allah yang mengetahuinya. Dengan itu, janganlah sekali-kali kita menuruti hawa nafsu. Siapa tahu, sewaktu kita sedang melakukan kejahatan, pada waktu itulah maut dating menjemput kita. Nauzubillah, semoga Allah sentiasa menjaga kita dan meberikan kematin yang baik kepada kita.

Wahai ibu-ibu, doakanlah semua anak-anakmu semoga mereka memperoleh kebaikan di akhirat dengan husnul khatimah. Walaupun seburuk mana kelakuan anakmu atau pun sebaik mana mereka, janganlah lupa mendoakan mereka.

"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami, kepada anak dan cucu kami, keteguhan iman dan istiqamah berada pada jalanmu. Kurniakanlah kepada kami, kepada anak dan cucu kami husnul khatimah. Amin."

*petikan dari buku Dahsyatnya doa ibu.


Setiap anak mempunyai karekter yang berbeza

Permati hati kami dunia akhirat. Sentiasa mendoakan mereka berjaya dunia akhirat....

Sunday, 19 October 2014

NSTP Wacoal Pink Fun Ride Bangsar 19/10/2014

Alhamdulillah...semalam dengan izin suami tercinta dapat la gak gi fun ride dengan kawan2 BSP. Saje cari pengalaman. Anak dah beso skit panjang la skit langkah. Tanpa ambik tahu track kayuhan camne..aku redah je la. Sekali banyak bukit da..Ade 3 bukit tinggi kena hadap. Meraung woo..baru nak cari pengalaman sekali dpt yg bukit bukau. First bukit hampir lepas kayuh sampai atas tapi atas sebab aku tak reti lagi tukar gear maka aku terjatuh dengan sopan santunnye..kekeke..bukit kedua tinggi gak..ala tolak je la. Sebenarnya kan aku boleh buat tapi ye la mak tak reti lagi nyah oii tukar2 gear ni.Bukit2 flyover yg seterusnya boleh je panjat..yeay!!..mental fizikal kena kuat.kaki kena mantap.

Sila layan gambar-gambar di bawah


Wefiee... kami lah ratunya..agagagaa

Breakfast dulu sblm ride

Dengan team Pinky..sgt supporting

Kami SPR ladies :) Dari kiri Kak Leez, aku (fina), kak Asiah (kak Odah walla), Laila & Dila

MTB Mari Tolak Basikal..meraung weih panjat bukit


Posing dgn kak leez..Skrg dah jadi kaki fun ride.Pantang ade fun ride mesti dia join

hehee..dan lagi

Kayuh ramai-ramai dengan hati gumbira..

Muka sudah penat..Bgambar dgn goodie bag


Menepati konsep..nasib baik bukan yg betul

Makan KFC dulu

Bergambar ramai-ramai..yg sebelah kanan tak tau ntah sape2..hehehee
The SPR Ladies

Sebenarnya aku ternanti2 panggilan kawan baik aku masa kt Utusan si Melissa. Dia dah tukar keja kat harian metro. Tapi bila aku dah balik dia pulak baru sampai.Takpe la Liss.. takde rezeki lagi kita nak jumpa..

22 October Kayuhan Fraser Hill dengan team Saujana Putra Riders. Nak tau pasal kelab ni sila lihat link http://saujanaputrariders.blogspot.com/

26 October ni ada lagi fun ride Kg. Tengah Puchong..Nanti aku update..Chow dulu..Zasss...

Buku yang sememangnya dasyat...

Sangat tertarik dengan taju buku ni. Lalu aku pun beli la kt Giant, Putra Height Ingatlah..selagi ibu kita masih ada, berbuat baik lah kepada nya. Pelihara lah dia. Janganlah sakiti hati si ibu. Kerana doa sorg ibu itu mmg dasyat. Janganlah sesekali derhaka kepada mereka. Sekali hati mereka terluka hilanglah keberkatan dalam hidup kita..

Banyak kisah-kisah menarik yang boleh dijadikan teladan dalam buku ni
Selamat membaca.:))

Friday, 17 October 2014

Ni la hero saya..

Satu-satunya hero dalam family aku mesti la my husband kann...Sebab tak de lagi rezeki nak dapat anak lelaki.hehehe..nak beranak lagi cam dah penat je. Kederat dah tak macam dulu lagi..hmmm..

Kami dah berkahwin nak dekat 10 tahun dah..Apa??? 10 tahun.. Rasa mcm baru semalam je baru lepas bersanding.kekekee.. Dia classmate aku masa kat Cosmopoint.  Rumah family kitaorg pun dekat2 je.tak sampai 1 kilometre pun. Ha..kan senang tu. tiap2 minggu leh balik jumpa famly.




Ni la husband aku...gagah kan..hehehee


Dia cyclist tegar... Masa kecik dgn basikal BMX..dah tua-tua ni MTB je la..
Kehidupan kami biasa je..Ada rumah untuk berteduh.Ada anak-anak yang comel2. Harta pun tak la seberapa sebab kami hanyalah rakyat marhein yang hanya mampu hidup ala kadar je. Alhamdulillah..


Nak gak enterframe..hahaha..


Dengan my girls.. Gambar ni masa hari raya lepas
Cabaran utama nak tulis blog ni ialah asyik kena kacau dengan budak2 je. 'Mama nak susu' 'Mama lapar' 'Mama nak berak'..Mama nak tu mama nak ni... Arghhh geramnye...belum lagi bab bergaduh berebut..Aku rasa cam nak lari rumah je.. Stress mak nyah oiii....

Cepat la balik papa..tak leh tahan tul.. Bila papa ada semua good behaviour ye...

Semalam di Giant Putra Height

Semalam lepas ambik Sofia balik school kitaorg gi la Giant 3 beranak. Beli barang2 toiletries kt rumah. Bila aku sorang2 handle budak2 kt luar ni mmg la huru-hara. Ntah ape2 barang dorg kaut masuk troli. Sampai barang yang sepatutnya kita nk beli pn jadi lupa.

Dah abis beli brg singgah children park kt sane. Kesian dorg dh lama sgt tak main playground jadi mcm kejakunan la sikit. Camne la nk bwk gi play ground weekend asyik keluar je. Tak pe lepas ni mama bwk gi playground every Friday ye.. Nak keluar dpn rumah ptg2 pun mama malas. sbb korg bkn nak main basikal pun. Lagi suka main pasir. Bikin hati mama terbakar je. Might as well tak payah la keluar. Petang2 korg tgk la Hi5 ye nakk...


Tengok la tu...girang gumbira jer..
Sampai rumah semua membongkang tido...zzzzzz....

Thursday, 16 October 2014

Kuih 5 Dua ringgit

Pagi tadi beli breakfast..beli kuih je pun. 5 Dua hengget. tapi alahai...kecik bebeno. ye la semenjak minyak naik peniaga terpaksa minimize kan rupa kuih ni. tpi kecik sgt..tak puas mkn

Tengok...comel2 kan kuih-muih ni.yang kuih donut ceklat jaja kaut ceklat je..


Kalau orang anak ramai mmg sekali hadap je la..

Ok gtg...nak sidai baju..nak sidai baju

Mari lipat baju

Cerita malam tadi... kain baju menimbun tak dilipat sbb sidai baju kat atas.kain baju semua kt atas. Memang la tak de motibasi nak melipat baju. Biarkan je menimbun. Kalau kat bawah sambil tgk tv boleh lipat baju. Banyak2 keje rumah yang ni la paling aku tak suka LIPAT BAJU.Bila dah dikumpul dgn jayanya mula la mata ni rasa serabut alam. Rasa nak buang..huhuuu..



Bnykkan baju hehe..jaja pn lipat baju gak..tapi dah serupa roti canai

 
Sebenarnya aku pening dgn laptop ni..screen nya tak terang.tapi tak leh nak adjust. tak tau la rosak ke.. laptop ni canggih sgt mmg custom made camni. klau tenung lama2 leh migraine..huh..
 
C u next entry..chow cin cau..


















 

Dinner malam ni

Selamat Petang semua...

Dah nk dekat 5.30pm ni..en. suami dh punch card balik. Masak simple je.Tapi menu hari ni terlebih sikit kalori sebab ada pucuk paku masak lemak cili padi yo..sape yg tak nak tolak kan kalau dh masak camtu..hehehee..suami aku ni tengah target turun berat badan.so hari2 dia pesan masak kukus,grill, panggang.diulangi kukus grill panggang. ala..kita dah kering idea la sayang...

Ni lauk pauknya.. Resepi kasih sayang katanyaa...

Sayur campur dimasak dengan daging

Ni lauk champion Pucuk paku masak lemak cili padi

Sambal telur

Panaskan lauk semalam..Asam pedas ikan tenggiri...semalam beli ikan tenggiri 3 ketul harganya Rm5.80sen..
Mahal tak?? Mahalkan.Sama dengn ayam separuh harganya
 
Ok tu saja citer petang ni.. Rumah dh macam tongakang pecah ni. Budak-budak ni main lego habis tabor semua.Pastu kasi siram budak2 ni..huhuhu..
 


Wednesday, 15 October 2014

Salam Perkenalan

Assalamualaikum w.b.t... salam perkenalan untuk semua..

Alhamdulillah...akhirnya ada juga blog sendiri. Jeles pulak bila abah sendiri ada blog dia. Cik kiah ni ha baru hado..aduhaii..asik tak sempat je.

Basically aku ni housewife..but not desperate housewife ye.Dah dekat 3 thn jadi housewife.Tahun pertama jadi housewife..perghhh..bosan gila siott..asyik buat keje yg x penah siap.Tapi sesungguhnya aku sgt la puas hati bila anak2 membesar dpn mata tak yah pening kepala tinggal dgn org lain. dan dorg mkn dari air tangan aku sdri..cewahh..dari air tangan ibu lah kita dpt membentuk akhlak anak kita..haaa..

Ni la cinta hati kami...heheee..from left Sofia Hannah (2nd dotter),
Shaza Amani mesra dipanggil Jaja (youngest) and the elder one Sarah Aridini...
  
Ok la...nnti I story lagi..dh kena check in dapor..hiyahh..:)