Tuesday, 14 April 2015

Long Vacation - My favourite drama forever

Anak-anak mama sekalian... Kalau nak tau dulu mama dgn papa sgt suka tgk drama Jepun.

Sekarang ni dah tak tgk. Sbb kat TV asyik tayang citer Korea je.. Citer Jepun dah tak jadi viral sekarang.

Tiba-tiba hari ni terlayan OST Long Vacation. Sesungguhnya this drama our sweet memory mama dgn papa. Mama suka sgt dgn Takuya Kimura. Karekter dia dlm citer ni mmg selamba dan lurus bendul.

Disebabkan  dulu drama Jepun jadi viral kat TV smpi mama pi kelas belaja Jepun. Tapi fail..kekekee. Nk ambik balik exam tu kena bayo..

Mama suka sgt tgk anime Jepun. Komik Jepun..Smpi dkt umur 30 pn still tgk..Hahaha.. Papa dulu panggil Mama Minami tau..Kat henpon dia save nama mama Minami. Nasib baik mama tak mcm minami pot pet pot pet. Kuat mkn..

Nanti korg dah besar dwnld la drama ni ye..dulu ade beli CD. Dh buang kot..sbb disc error..

Kalau hati mama tgh sedih suka dgr lagu2 dlm citer ni. Gaduh2 manja dgn papa mesti teringat citer ni. All the sweet memories come to my mind.

Ni ada selit sekali lagu OST Long Vacation.

Minamiii....Sennaaa


 
Takuya Kimura



Tapi yang paling favourite Senna play piano. I'm so touched smpi meleleh air mata...


 

Wednesday, 8 April 2015

Tugas isteri cuma SATU

Kuang...kuang..kuang...


Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"

Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"

Muin : "Hoh, layan suami je?"

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"

"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."

"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"

Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"

Muin : "Ooooo, baru aku tau"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"

"Ingat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."

Wallahualam



*sorry kalau ade yg tersentap


Tuesday, 7 April 2015

Apa yang kena GST? Apa yang tak kena? Kini anda tahu.

1st April officially Malaysia melancarkan GST (Goods & Servis Tax)..

Kesannya terhadap org berkeluarga mcm kami sgt mendalam..Whole bajet kena revamp..Haihh..

Here's some info

Friday, 3 April 2015

Kayuhan mama-mama ke ICT Shah Alam

#throwback..

Request dari mama-mama BSP..Kami teringin nak kayuh ke ICT..tertunai gak permintaan kami.


1st time sampai ICT dgn basikal. En Adli, Hafiz and WanSpeed jadi support car..

Memang terbaik la korg..Lepas ni request nak ke mana pulak ye?? :)

Tq ye SPR..Korg meme osem












Thursday, 2 April 2015

MPAJ/Tekas MTB XCO Challenge 2015, Bukit Indah - March 1st

Terjebak namanye..org ckp masuk race supermama..tpi mama2 yg ni semua cyclist tegar MTB. Laju berdezup. Tapi takpe la experience 1st time masuk race supermama. Trail terbaek..1st time test trail terbabas masuk semak..hehee..lepas tu ok la dh leh control. cuma yg bkt 90 degree smpi sudah tak berjaya..Asik terbalik je. Mind set mmg dah set nak jatuh kot..hehee.

So far ok la..placing walaupun corot no 13 dari 22 org.. cian kwn2 kite.. Laila jatuh downhill 360.Abis bengak mulut.Ryna kena sailang dgn org lain smpi jatuh sandwich (bertimpa2)..basikal rosak..handle bar senget. tangan terseliuh..perghh..ngeri lak. Tapi tu semua pembakar semangat..utk dorg race lagi..

Moral of the story..kalau betul nak ke podium teknik kena la betul..ni nmpk sgt cantas org smpi membahaykan nyawa org lain...

Insyaalllah bln 5 akan ade lagi XCO Challenge..tgh pikir 5 6 kali ni..hehee..maybe kitaorg jadi supporter utk team elite kot..dorg mmg berpotensi besar..










Selfie dgn Non..Dikalangan dunia MTB dia ni mmg femes. Walaupun badan besar laju bkn main..Tahniah..size doesn't matter babe..




Cian Laila 360 jatuh...Lebam mulut, dagu..Serik katanye

From Kelantan to Penang - Our last destination

Yea...akhirnye our last destination..Penang. Sebabnya ada event Family Day Khazanah Nasional.
Dari 19 March - 21 March... Otw nak ke Penang ikut laluan Jeli-Grik.. Cantiknya pemandangan dari gunung.Lalu pulak kat jambatan Tasik Banding..meme terbaik pemandangan. Hebat ciptaan Allah.

Penat seh 1 week dok travel. Sampai Penang memang nak lepak je..

Tapi laki aku je yg membuta dlm bilik. Aku kena la bwk budak2 join game.

Yang paling best dpt tgk Faizal Tahir..hehee..Dgr dia nyanyi live. Bestnya FT..Lenkali kite selfie ye..
agagaa...


Ni lalu Tasik Banding..Gmbr tak cantik sbb ambik gmbr dri dlm keta. Nak berhenti tak leh 

Laluan Grik..Gunung2 saje..Leh la try kayuh kt sini. Tapi 200km++ la..hehee..ngeri mak

Suka dpt goodies

Tema family day thn ni fantasy character



Arghh..Faizal Tahir...tapi dah kurus bebeno skrg


Tgh nyanyi lagu Yesterday by the Beatles

Kakak kata best la suara uncle Faizal ni



Game musical chair..boss en somi pn join


Main layang2 antara aktivitinya



Best fren aku mase darjah 1 (sek rendah)


Suka jumpa dgn character pujaan Elsa & Anna versi sepet

Mandi swimming pool..Tapi kakak sorg je lepas..Lagi 2 org tu tido. Klau bdak 2 org tu ada mau tak nak balik

Wednesday, 1 April 2015

From Terengganu to Kelantan

Masih lagi citer pasal cuti sekolah...lepas lepak kat Redang, kitaorg ke Kelantan pula.

Menuju ke rumah atok dan nenek suami aku. Syok sgt berkubang kat Redang badan pun jadi tak sedap. Rasa nak demam.. budak2 dah start batuk2 selsema. Nasib baik bwk ubat.

Kelantan after 2 month lepas banjir tak hujan langsung. Kemarau pulak... sampai debu naik.

Abis aku batuk kering. tak leh nak bckp..hmmm..sampai sakit ari2 aku dok terbatuk. terpaksa la cari klinik yg berdekatan. walaupun pada mulanye somi aku tak mo gi..haihh...mmdgkan aku mlm tak bleh tido kena la kuatkan diri. ramai org kt klinik. abis baby pun kena batuk kering..kesian..semoga tabah hadapi ujian ni..

Kat sana kitaorg bwk peijal n family shopping kat pengkalan kubur.Lepas tu ke Rantau Panjang pulak... byk dorg borong ceklat.. smpi dkt 700 hengget. nak hadiahkn utk family. kena la tax skit..hehee. sorry la ye kitaorg pun tak terigt psal kastam. tapi tak byk pun. Leh dpt nego smpi rm40

Here some picture masa kat Kelantan..



Jangan jeles..we all ada baby..heheh


Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan